Selamat Datang
 
Menu Utama
Pengenalan 
Kata Aluan Pengarah
Interaksi KMM
Sejarah KMM
Sejarah Penubuhan 
Struktur Pentadbiran
Pentadbiran 
MANTAP
Struktur Bangunan
Pusat Pelajar 
Blok Pentadbiran 
Dewan Kuliah 
Makmal Sains 
Dewan Serbaguna 
Blok Tutoran 
Pusat Sumber
Akademik
Konsep Program 
Mata pelajaran
Berita KMMi
Pameran Foto
Kredit
Sidang Editor 
Penghargaan 
Rujukan

 
 
 
 
 
 
 

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB 
PUSAT   PELAJAR 

Untuk menjamin keselesaan penghuni-penghuni Kolej Matrikulasi Melaka ,  
pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan satu blok bangunan  
yang dinamakan Pusat Pelajar. Pusat Pelajar merupakan satu blok bangunan  
yang menempatkan kemudahan - kemudahan asas untuk penghuni-penghuni  
Kolej Matrikulasi Melaka seperti ; 

Koperasi                                  - 1 buah 
Kedai Dobi                               - 1 buah 
Klinik                                       - 1 buah 
Pejabat Pos/ATM                     - 1 buah 
Bilik Persatuan                         - 1 buah 

KOPERASI 
Koperasi berperanan sebagai  pasaraya mini yang menjual barang-barang  
keperluan harian,makanan dan minuman,alat-alat tulis dan sebagainya. 
Waktu urusan bagi koperasi ini ialah 9.00 pagi hingga 10.00 malam  
pada hari Isnin hingga Sabtu dan 10.00 pagi hingga 10.00 malam pada hari Ahad. 

KEDAI DOBI 
Kedai Dobi merupakan salah satu kemudahan asas yang sangat diperlukan  
oleh pelajar-pelajar  dan para petugas Kolej Matrikulasi Melaka .Kedai Dobi ini  
diuruskan oleh Syarikat Speed Queen yang mempunyai 6 mesin  
basuh dan 6 mesin pengering.Ia beroperasi 24 jam. 

KLINIK 
Untuk memastikan agar kesihatan para pelajar dan petugas-petugas  
KMM sentiasa terjamin, pihak kolej telah menubuhkan sebuah klinik.Tugas ini  
diserahkan kepada Klinik Wira Medik untuk menguruskan hal-hal yang  
berkaitan dengan kesihatan penghuni  KMM.Klinik Wira Medik ini beroperasi  
dari pukul 8.00 hingga 9.00 pagi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 

PEJABAT POS DAN ATM 
Pejabat Pos (mini) dan ATM ini diwujudkan adalah untuk memudahkan  
penghuni-penghuni KMM  menguruskan urusan-urusan mereka yang berkaitan  
dengan Pos Malaysia Berhad seperti mengepos surat ,membeli setem dan  
lain-lain. ATM  pula adalah untuk penghuni-penghuni KMM mengeluarkan wang. 
Ini adalah untuk mengelakkan daripada para pelajar kerap keluar ke bandar. 

BILIK PERSATUAN 
Tujuan bilik ini diwujudkan adalah untuk sesebuah persatuan itu menjalankan  
aktiviti mereka seperti berbincang tentang sesuatu projek untuk persatuan  
tersebut. 

Untuk memastikan agar blok Pusat Pelajar ini sentiasa terpelihara, satu  
badan pengurusan telah diwujudkan.Ahli jawatakuasa badan pengurusan ini  
semuanya terdiri daripada pensyarah-pensyarah KMM.