Selamat Datang
 
Menu Utama
Pengenalan 
Kata Aluan Pengarah
Interaksi KMM
Sejarah KMM
Sejarah Penubuhan
Struktur Pentadbiran
Pentadbiran 
MANTAP
Struktur Bangunan
Pusat Pelajar 
Blok Pentadbiran 
Dewan Kuliah 
Makmal Sains 
Dewan Serbaguna 
Blok Tutoran 
Pusat Sumber
Akademik
Konsep Program 
Mata pelajaran
Berita KMM
Pameran Foto
Kredit
Sidang Editor 
Penghargaan 
Rujukan

 
 
 
 
 
 
 

 

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB 
KATA ALU-ALUAN DARI TUAN PENGARAH 

Bismillah… 
Assalamualaikum… 

   Bersyukur saya kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya KMM ( Kelab IT )  
telah berjaya membina satu laman web bagi kolej yang pertama kalinya pada  
tahun 1999.Saya dengan perasaan bangga ingin mengucapkan syabas dan  
tahniah kepada Kumpulan Praktikum 15 daripada pelajar Sains Hayat kerana  
sentiasa menerima cabaran dan tanggungjawab menyediakan laman web KMM.  
Pembinaan laman web kali ini menunjukkan satu kerjasama yang begitu erat  
demi kecemerlangan KMM ini. Bukan sahaja pengalaman yang berguna dapat  
diperolehi melalui permbinaan laman ini, malah bakat terpendam para  
pelajar dapat dicungkil. 
   Dalam menuju era teknologi maklumat di alaf baru ini, fungsi laman web dapat  
menjadi satu sumber yang penting, KMM tidak dapat lari dari kenyataan ini.  
Oleh itu, laman web yang diusahakan diharap dapat memberi penjelasan  
mengenai sejarah dan pendidikan KMM secara menyeluruh kepada pihak yang  
tertentu khasnya pelajar-pelajar yang akan mengikuti kursus matrikulasi. 
Saya percaya pelajar KMM telah menggunakan dan terus menggunakan  
kemudahan teknologi yang ada dikolej ini untuk membuka laman web bagi  
institusi yang lain agar dapat mendekatkan diri dengan maklumat yang  
berkaitan dengan pengajian yang seterusnya diikuti Oleh itu sukacita saya  
menasihatkan para pelajar supaya menghargai usaha pihak Kolej Matrikulasi  
dengan sebaik mungkin. 
   Akhir kata, saya bagi pihak kolej ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih  
pada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan usaha menyediakan laman  
web untuk KMM tanpa mengenal erti putus asa. 
Wassalam…. 

Tuan Haji Yaakop B. Ideris 
Pengarah Kolej Matrikulasi Melaka